“Bila Masa Pula Shahir Masuk Meminang Saya?”

Baru-baru ini tersebar khabar angin mengenai Shahir datang meminang Erra Fazira bagaimanapun perkara tersebut dinafikan sendiri oleh pelakon tersebut apatah lagi kini dia tidak berada di Malaysia pun.

BACA: Erra Fazira Enggan Kongsi Status Sebenar Bersama Shahir AF

“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” katanya kepada Kosmo! Online sambil menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Soulmate di Chiang Mai, Thailand dan hanya akan pulang sekitar minggu ini.

Nampaknya kisah mengenai Erra dan Shahir tidak putus-putus. Sampai masanya nanti mungkin juga Erra mahu pun Shahir akan bersedia untuk bercerita tentang status mereka. (rtky/s)

×