Nelydia Senrose, Qi Razali Bercuti Bersama?

Pernah menyatakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa malah Nelydia Senrose sendiri menyatakan bahawa dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya, baru-baru ini terjadi kebetulan di antara pelakon wanita ini dan juga bekas kekasihnya, Qi Razali.

BACA: Nelydia Senrose Terima Semula Kekasih Jika Ada Jodoh

1- Nelydia Senrose, Qi Razali Bercuti Bersama? - ROTIKAYA

Kebetulan tersebut adalah apabila Nelydia dan juga Qi memuatnaik gambar di lokasi yang sama iaitu di pulau percutian Koh Lipe yang terletak di Thailand. Apa pun, sebelum ini Nelydia pernah menyatakan juga bahawa jika dia sudah ditakdirkan semula dengan Qi, dia menerima dengan hati terbuka.

2- Nelydia Senrose, Qi Razali Bercuti Bersama? - ROTIKAYA

Pastinya percutian Qi dan juga Nelydia ditemani rakan-rakan. Apa yang lebih penting, semoga tahun 2016 ini bakal membawa perubahan yang positif kepada mereka. (rtky/s)

×