Jika sebelum ini Rita Rudaini pernah mengeluarkan kenyataan mengenai bekas suaminya yang masih belum menjelaskan bayaran mutaah, kini Aidil Zafuan memberikan kenyataan akan melangsaikan tuntutan bekas isterinya itu sekali gus.
BACA: Rita Rudaini: Aidil Zafuan Belum Bayar RM30,000 Saya
“Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah. Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia”
“Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu. Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain itu, Aidil juga menyatakan bahawa dia tidak dapat bertemu dengan dua anaknya, namun mempercayai apa yang dilakukannya ketika ini akan membuatkan anak-anaknya mengetahui perkara yang sebenar satu hari nanti. (rtky/s)