Setelah hampir setahun menderita penyakit busung, pelakon Emma Akma mendedahkan bahawa perkara tersebut sebenarnya adalah akibat perbuatan sihir. Emma mula diserang penyakit itu dengan serius pada Oktober lalu membuatkan dia turut berjumpa doktor selain mendapatkan rawatan tradisional.
BACA: Diserang Jerawat Teruk, Emma Maembong Kena Buatan Orang?
“Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit cist dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden”
“Namun tiada perubahan. Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun”
“”Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya. Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci”
“Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita,” jelasnya kepada mStar Online. Apa pun, semoga kesihatan Emma akan kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. (rtky/s)