Fouziah Gous Sah Hamil Dua Bulan Setengah

Tahniah kepada Fouziah Gous, kerana telah disahkan hamil dua bulan setengah. Menurut pelakon dan pengacara itu, dia mengetahui perkara berkenaan setelah pulang dari menjalani penggambaran program Nona di Jepun, Mac lalu.

BACA: Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun

“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif”

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa. Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta”

“Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya yang menjalani ujian kehamilan sebanyak empat kali bagi memastikan dia benar-benar hamil.

Selain itu, Fouziah yang telah berkahwin dengan Zhafran pada 21 September 2013, turut berkongsi kepada Harian Metro bahawa dia tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat. (rtky/s)

×