Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin baru, Lana Nodin dan suami, David McKienzie yang telah pun sah menjadi suami isteri pada 15 Mei lalu. Untuk pengetahuan, David telah memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu di Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati, Selangor.
BACA: Lana Nodin Terkejut Suami Beri Cincin RM100,000 & BMW Sport
Kehadiran David untuk memeluk Islam di pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru tersebut turut ditemani dua rakan selebriti iaitu, Fauzi Nawawi dan juga isterinya Lisdawati selain Lana sendiri.
Sebelum ini, Lana pernah berkongsi berkongsi cerita mengenai David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie yang berusia 35 tahun itu sememangnya faham dan mula mengenali Islam kerana pernah tinggal di Dubai selama 7 tahun.
“Dia faham apabila ingin berkahwin dengan saya dia perlu memeluk Islam dan dia faham tentang agama kita kerana pernah tinggal di Dubai selama 7 tahun. Ia hadiah hari jadi yang paling istimewa yang pernah saya terima apabila dia memeluk Islam,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Apa pun, tahniah kepada Lana kerana telah berjaya membawa seorang saudara baru mendalami Islam dan semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagiaan sehingga akhir hayat.(rtky/s)
Gambar Ihsan: Hidayah Centre Foundation