Isteri Muda Bergurau Ashraf Muslim Kahwin Lagi

Isteri kedua kepada Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah baru-baru ini telah memuatnaik gambar mereka sekeluarga dengan ayat caption yang mencuit hati, bertanyakan suaminya mahu kahwin lagi satu.

BACA: Ashraf Muslim Sekeluarga Rai Birthday Anak Pertama

Isteri Muda Bergurau Ashraf Muslim Kahwin Lagi - ROTIKAYA

Semuanya bermula apabila Sakinah menggunakan aplikasi telefon pintar (atau versi web) How Old I Look yang boleh memberi anggaran umur seseorang hanya berpandukan gambar anda sahaja – dan memang jarang sekali anggaran umur yang diberikan adalah tepat. Itulah yang terjadi kepada gambar Ashraf Muslim, menunjukkan umurnya 66 tahun.

Wan Sakinah mengusik suaminya itu melalui kenyataan – ada hati nak tamba seorang lagi? dengan merujuk gambar Ashraf bersama umur anggaran 66 tahun). Rata-rata peminat yang mengikuti Instagram Sakinah terhibur dengan perkara tersebut malah menyifatkan Sakinah tidak sombong orangnya.

Adakah Ashraf Muslim mahu kahwin lagi, itu kami tidak tahu. Gurau saja. Semoga ikatan perkahwinan keluarga besar pelakon ini akan sentiasa bahagia sehingga akhir hayat. Kami kongiskan beberapa keping gambar bahagia mereka untuk anda. Enjoice!

×