Sharnaaz Ahmad Tidak Redha Kalah Di ABPBH 2014

Pertama kali rasanya seorang selebriti berani keluarkan kenyataan tidak redha akan kemenangan pesaing dalam satu satu kategori di mana mana majlis anugerah hiburan.

Kemenangan Shah Iskandar selaku Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2014 hujung minggu lalu rupanya mengundang rasa tidak puas hati.

Sharnaaz Ahmad dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest mengakui tidak redha dengan kemenangan pesaingnya namun bukanlah berasa kecewa malah berharap yang keputusan malam itu benar benar telus dan berdasarkan bakat.

BACA: Sharnaaz Ahmad Mengamuk Di Instagram Nama Digunakan Penipu

“Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela sekiranya kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit”

Pelakon yang berjaya membawa pulang trofi Artis Paling Kontroversi ini juga mengakui dirinya bukan seorang yang mudah untuk memenangi anugerah namun itu bukan sesuatu yang mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

“Sejak hari petama dalam industri saya tahu yang saya bukan membawa diri saya sebagai seorang pelakon anugerah. Saya anti anugerah. Maksudnya, saya memang susah hendak menang satu-satu anugerah. Itu sesuatu yang sangat sukar untuk diri saya tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya,” tambahnya lagi. (rtky/m)

×