Lewat Ke Penggambaran, Shah Iskandar Akui Diri Kurang Berdisiplin

Dalam mengejar nama dan kegemilangan, memang payah dan sukar untuk seorang artis ingin mengaku kekurangan diri sendiri tetapi perkara tersebut berbeza bagi Shah Iskandar. Dia sendiri mengaku kadang kala dia lambat tiba ke lokasi penggambaran.

BACA: Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Hanya Kawan

“Silap saya juga apabila tidak boleh merancang jadual kerja dengan betul. Dalam hal ini, semua orang pasti pernah melakukannya”

“Memang ada yang ‘complain’ tapi saya tidak salahkan mereka sebab itu salah saya sendiri. Lagi pula, saya memang belum berdisiplin sepenuhnya,” jelas Shah kepada pihak Media Hiburan.

Selain itu, pelakon ini juga turut memberitahu bahawa dia sedang mengenali seseorang & tempoh perkenalan mereka sudah menjangkau hampir setahun.

“Kami sudah berkawan sejak setahun lalu. Buat masa sekarang belum ada perancangan yang serius tentang perhubungan ini,” ujar Shah yang masih merahsiakan identiti wanita tersebut. Tak lama lagi, pasti akan tahu juga. Eh. (rtky/syfq)

×