Beberapa tahun lalu, Dafi AF pernah mencuba nasib di Indonesia sebagai selebriti selepas terpilih untuk mengendalikan sebuah program hiburan bertajuk Selebrita Siang dan kembali ke Malaysia selepas kontraknya tamat di sana.
BACA: Dafi Kembali Aktif Di Malaysia & Kerjaya Di Indonesia Bukan Minat Sebenar
Namun hati Dafi AF nampaknya masih kuat untuk mencuba di Indonesia selepas berita melaporkan yang penyanyi ini sudah mengikat kontrak bersama pengurusan artis yang dimiliki oleh penyanyi & komposer popular di sana, Ahmad Dhani.
Menerusi syarikat Republik Cinta Manajemen (RCM), Ahmad Dhani dan Dafi AF akan bekerjasama untuk mengeluarkan sebuah album penuh dan ini merupakan yang pertama buat syarikat itu dalam soal kerjasama dengan penyanyi luar negara.
“Ini pertama kali saya lakukan kerjasama satu album dengan penyanyi Malaysia. Sebelumnya saya pernah, tapi enggak pernah satu album,” ujar Ahmad Dhani kepada Kapan Lagi.
Bekerjasama dengan artis luar negara bukan satu perkara asing buat Ahmad Dhani namun kali ini menurutnya kerana negara yang serumpun dengan Indonesia, ianya mempunyai satu bentuk cabaran tersendiri buat dirinya. (rtky/m)