Lama kita tidak melihat lakonan Umie Aida di kaca televisyen selepas beliau mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung namun pelakon ini menjelaskan ada sebab sebab tertentu kenapa beliau tidak muncul dalam mana mana produksi.
“Selepas bertudung, memang ada beberapa tawaran lakonan yang saya terima. Tapi buat masa ini belum ada yang bersesuaian. Karakter apa yang ditawarkan itu bukan masalahnya, tetapi batas batas yang perlu saya ambil kira”
“Sebolehnya memang saya elakkan babak bersentuhan jadi saya terpaksa tolak beberapa tawaran kerana tidak mahu menyusahkan produksi lain. Sebagai seorang pelakon saya faham situasi pihak produksi, jadi lebih baik saya tolak,” jelas Umie Aida kepada Sinar Harian.
Beliau juga baru baru ini telah mememangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) dan menganggap kemenangan itu satu rezeki yang menyebelahi dirinya kerana calon lain juga bukan calang calang hebatnya. (rtky/m)