Kami pasti ramai antara anda yang sudah pun mempunyai tiket dan tidak sabar untuk hadir ke Surf Beach @ Sunway Lagoon untuk menyaksikan MTV World Stage 2012.
Anda yang hadir esok seharusnya merasa bertuah dengan kehadiran Justin Bieber di konsert mega tahunan ini yang turut menyaksikan kehadiran Jay Park, KARA & Mizz Nina.
Bukan apa, khabarnya Malaysia adalah satu satu’nya negara di Asia yang di’singgahi Justin Bieber dalam siri jelajah All Around The World mempromosikan album terbaru beliau.
Esok pada persembahan yang di’jangka bermula pada 6.15 petang itu, Justin Bieber akan tampil sebagai artis pembukaan kerana khabarnya bakal bergegas ke Australia malam itu juga.
Persembahan hebat pastinya akan di’teruskan oleh KARA, Jay Park dan Mizz Nina di’hadapan hadirin yang di’jangka bakal mencecah hampir 15,000 orang.
Jika anda terlepas peluang untuk hadir, MTV World Stage 2012 ini akan di’terbitkan sebagai program berdurasi dua jam yang akan di’siarkan di MTV (saluran 713) pada 28 Julai ini.
MTV World Stage Live in Malaysia 2012 di’taja oleh Sunway Resort City, Lenovo, Xpax, Twisties dan Hong Leong Bank, dan di’sokong oleh MyCeb of the Ministry of Tourism, rakan penyiaran Astro & rakan radio rasmi Hitz.fm, ERA fm dan MYfm.