Gossip: Penyampai Sukan Veteran Punca Fitnah Rumahtangga Selebriti?

Baca tajuk sahaja mungkin ramai yang boleh mengagak gossip tentang siapakah yang bakal kami sampaikan ini. Simpan nama untuk mereka yang tidak tahu berteka teki.

Satu Malaysia tahu akan gossip rumahtangga pasangan selebriti & suami’nya ini yang di’katakan sudah berakhir dan tidak kurang juga berkata sang suami sudah berkahwin lain.

Namun, kisah terbaru yang kami terima dari sumber yang boleh di’percayai seakan mengiyakan kenyataan sang suami yang berkata rumahtangga mereka masih utuh sehingga hari ini.

Khabarnya, fitnah keruntuhan rumahtangga mereka di’mulakan oleh seorang bergelar penyampai sukan di tempat kerja lama si suami yang tidak berpuas hati dengan tindakan majikan beliau.

Penyampai sukan ini khabar’nya mempunyai masalah disiplin di tempat kerja beliau & suami selebriti ini sudah pun keluarkan notis untuk mengambil tindakan jika tiada perubahan sikap.

Dek kerana tidak berpuas hati & mengambil peluang atas gossip yang sedia ada, penyampai sukan veteran ini mula menjaja cerita yang tidak betul tentang pasangan ini kepada kenalan dan mereka di tempat kerja beliau.

Dan, kisah yang beliau jaja menjadi isu besar di Malaysia sejak beberapa bulan lalu dan khabarnya turut menjejaskan hubungan sebenar selebriti itu dengan si suami. Hmm.

×