Forbes yang memang tugas mereka menyenaraikan nama orang kaya hari ini keluar dengan senarai 15 karakter fiksyen paling kaya & tahukah anda ada karakter yang lebih kaya daripada Tony Stark (Iron Man)? – Forbes
Atlit kesayangan anda, Khairul Fahmi Che Mat telah terpilih sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan dimalam Anugerah Astro Arena 2012. Atlit. Lelaki. Pilihan ramai. Berani anda kata beliau bukan selebriti? – Murai
Bintang yang mencipta nama dengan filem Haywire, Gina Carano di’khabarkan kini sedang dalam proses perbincangan untuk membintangi filem Fast & Furious 6 di’samping Vin Diesel & Paul Walker yang sah kembali. – THR
Penemuan video konsert pertama The Beatles di Amerika Syarikat sekitar Februari 1964 yang tidak pernah di’paparkan kepada umum bakal menjadi sebuah filem dokumentari khas yang bakal di’tayangkan di’pawagam. – Huffington Post
Bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence (gambar) bakal keluar dengan filem baru berjudul House at the End of the Street yang akan ke pawagam sekitar September 2012 & ini merupakan poster terbaru filem tersebut. – Just Jared
Video Hari Ini: Tahun ini memang tahun untuk filem blockbuster. Ini merupakan trailer terbaru untuk filem G.I Joe: Retaliation yang bakal ke pawagam penghujung Jun 2012. (via Amanz.my)
http://www.youtube.com/watch?v=kNUBV9trDoA