Seorang penyanyi nasyid terkenal berstatus suami orang didakwa berlaku curang terhadap isterinya apabila dilihat keluar berduaan dengan wanita lain di sebuah pusat membeli-belah.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu dia terserempak dengan penyanyi yang mempunyai latar pendidikan tinggi itu bersama wanita berusia 30-an dan jalan berpegangan tangan.
“Mereka berpakaian warna sedondon dan berjalan berpegangan tangan seolah-olah suami isteri. Setahu saya isteri dia berada di luar negara. Saya cuba merakam tapi agak jauh kerana terkejut melihat seorang artis nasyid berkelakuan begitu,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata dia cuba mengikuti pasangan itu secara dekat namun gagal berbuat demikian kerana wanita tersebut seperti syak dengan dirinya.
“Artis itu kemudian masuk ke tandas dan wanita itu tunggu di luar depan tandas. Saya perasan wanita itu macam syak sesuatu dekat saya dan saya terus pergi tempat lain.
“Apabila saya kembali ke situ, mereka sudah tiada. Saya pusing satu kawasan aras situ tapi tak berjumpa. Mungkin mereka masuk ke restoran atau dah naik lif,” katanya.
Difahamkan isteri kepada penyanyi itu dikatakan kini berada di luar negara untuk satu urusan.
SUMBER: Harian Metro