Pelakon Nina Iskandar akhirnya membuka mulut mengenai status rumah tangganya apabila mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, penolong pengarah Azlan Adzanan.
Memetik Harian Metro, Nina berkata dia dan bekas suaminya sah bercerai talak satu di Mahkamah Brunei pada tahun lalu.
NACA: “Saya Tak Pernah Keluar Kenyataan Sudah Bertudung” – Nina Iskandar
“Status saya sekarang, seorang janda. Sampai bila saya mahu berselindung mengenainya (perceraian). Lagi pun, sebelum ini saya tidak berani untuk berkongsi kepada peminat dan rakan media kerana kes perceraian kami masih berjalan ketika itu.
“Jadi, sekarang ini barulah saya boleh jelaskan mengenai status sebenar saya selepas kami sah bercerai talak satu, tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Nina berkata dia dan bekas suaminya sudah tinggal berasingan sejak pertengahan tahun 2022. Tambahnya lagi, dia merahsiakan perceraian kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
“Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheboh-hebohkannya kerana perlu menjaga nama baik kedua belah pihak dan menjaga sensitiviti keluarga.
“Malah, sebelum ini ada juga pihak media bertemu saya untuk bertanya mengenai perkara sama (kes perceraian), namun ketika itu tidak boleh beritahu perkara sebenar kerana perceraian kami belum rasmi,” katanya.
Dalam pada itu, Nina meluahkan rasa syukur anak tunggal mereka, Aaryan Ar-Rizqin kini berusia 5 tahun memahami situasi ibu bapanya.
“Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizain bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan mereka sebagai anak dan bapa,” katanya.
SUMBER: Harian Metro