Sejak semalam tular video di TikTok memaparkan usahawan Bonda Rozita sedang membuat siaran langsung di Facebook namun tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada suaminya, Ustaz Khairul.
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, kedengaran suaminya seolah kurang senang serta menegur Rozita mengenai perkara yang penting
BACA: “Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak” – Bonda Rozita
@bebebahahhjwwjaj Replying to @jonn
“Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang. Saya tengok awak punya live ni. Saya nak ketengahkan dekat awak, benda ni penting. Saya nak cakap sekejap saja,” katanya.
Sempat bercakap pendek, Rozita kemudian dilihat segera menyerahkan telefon kepada salah seorang kakitangannya kerana sedang bersiaran langsung dan bimbang perbualan mereka didengari pengikutnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen kurang senang melihat tindakan abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam itu serta ada yang beranggapan lelaki itu ‘red flag’.
SUMBER: Astro Gempak