Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof iaitu Fardeen Nasrulhaq berpendapat perceraian adalah jalan terbaik buat kedua ibu bapanya.

Memetik Sinar Harian, Fardeen berkata keputusan untuk bercerai itu juga akan mengurangkan tekanan buat keduanya dan dia boleh menjaga ibunya, Nor Hidayah selagi masih hidup.

BACA: Isteri Edika Yusof Senarai 10 Sebab Nak Cerai, Bertahan Demi Maruah Keluarga

“Selagi saya masih hidup saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap tapi saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.

“Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil buat benda ini (jaga ibu) jadi untuk saya tiada beza,” katanya.

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai, Nor Hidayah.

Dalam prosiding hari ini, Hidayah menyenaraikan 10 alasan mengapa dia mahu bercerai dengan aktor berkenaan.

Peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim berkata alasan yang disenaraikan disifatkan kritikal yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

SUMBER: Sinar Harian

×