Isteri kepada Edika Yusof iaitu Nor Hidayah mendakwa suaminya sudah banyak kali melafazkan cerai terhadapnya namun pelakon itu menafikannya.
Memetik Harian Metro, Hidayah berkata dia sudah lama bertahan dengan tindakan suaminya itu dan mempunyai kekuatan untuk memfailkan permohonan cerai pada Februari lalu, malah pernah membuat pengesahan lafaz cerai sebelum ini.
BACA: “Hari Ini Saya Sedia Lafaz Talak Tapi Isteri Tak Suci”
“Memang saya buat permohonan cerai ini, tapi sebenarnya ia bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini, saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai yang sudah banyak kali dibuatnya.
“Tapi, dia pula menafikan semuanya dan turut mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu. Jadi, saya teruskan juga dengan memfailkan permohonan cerai kepadanya.
“Sebelum ini, saya juga sudah buat pengesahan lafaz cerai kami pada Disember tahun lalu dan pada Januari lalu. Saya ke mahkamah dengan Edika, tapi dia menafikan semua itu,” katanya.
Dalam pada itu, Hidayah berkata dia tiada masalah untuk mengekalkan hubungan baik dengan Edika selepas bercerai kerana mereka mempunyai anak-anak.
“Masalah dalam rumah tangga kami memang anak-anak tahu semua yang terjadi. Tapi, minta maaf saya tidak boleh cakap mengenainya lebih-lebih dan terpulang kepada Edika apa yang dia nak cakap.
“Cuma, saya tiada masalah untuk kami terus berhubungan baik (selepas cerai) sebab saya sudah mohon dan ajak Edika untuk selesaikan cara elok sebelum ini supaya orang tidak tahu. Tapi, dia yang mahu panjangkan,” katanya.
Dalam pada itu, anak sulung mereka iaitu Fardeen Nasrulhaq menemani ibunya berkata perceraian adalah jalan terbaik buat ibu bapanya. Tambahnya lagi, dia boleh menjaga ibunya kerana sudah biasa sejak dari kecil.
“Mereka juga akan kurang tekanan selepas ini dan saya pun sudah terbiasa sejak dari kecil buat benda ini (menjaga ibu) dan untuk saya, ia tiada beza,” katanya.
SUMBER: Harian Metro