Ernie Zakri Sokong Gerakan Boikot Jofliam

Penyanyi Ernie Zakri menyatakan sokongan terhadap kempen ‘boikot’ terhadap pempengaruh media sosial, Jofliam susulan kenyataannya yang didakwa memperlekeh penggunaan epidural ketika proses bersalin.

Difahamkan, kenyataan pempengaruh dan usahawan pizza itu didakwa memperlekeh penggunaan epidural oleh bekas isterinya, Cik Epal ketika bersalin.

BACA: Cik Epal Buka Bisnes Pizza Mendonia Untuk Caras Pizza Wagyu Jofliam

Menerusi perkongsian di platform X, Ernie memuat naik hantaran mengatakan dia mahu menyertai gerakan berkenaan.

Perkongsian Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama kaum ibu yang melalui pengalaman bersalin dengan bantuan epidural.

Kata netizen, jika dia menghormati wanita tidak akan keluar kenyataan seperti sedemikian apatah lagi bekas isterinya itu yang melahirkan dua cahaya mata mereka.

Terdahulu, tular perbualan Direct Message (DM) antara Jofliam dan seorang individu di Instagram. Menerusi mesej itu, Jofliam seperti memperkecilkan bekas isterinya, Cik Epal kerana bersalin dengan bantuan epidural.

×