Eyka Farhana, Akhyar Rashid Kahwin Bulan Depan?

Pelakon Ekya Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal bulan depan.

Memetik Harian Metro, sumber berkata pasangan itu kini dalam fasa terakhir membuat persiapan sebelum disatukan.

BACA: ‘Bride To Be’, Eyka Farhana Bagi Hint Bakal Kahwin Tak Lama Lagi?

Menurut sumber lagi, , pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu itu sudah menetapkan tiga lokasi bagi meraikan hari bahagia mereka.

Sumber itu turut memberitahu, kad jemputan juga sudah diedarkan kepada tetamu dan tiga lokasi majlis yang dicadangkan di Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.

“Perkara baik nak buat apa disembunyikan lagi, betul pasangan itu (Akhyar dan Eyka) bakal berkahwin tidak lama lagi iaitu pada Mei ini.

“Tiga lokasi yang dicadangkan iaitu Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan, doakan yang baik-baik kepada pasangan itu hingga ke jannah,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Eyka Farhana berkongsikan momen diraikan alam sebuah majlis parti bujang yang turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Mimi Lana, Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Amelia Henderson di Kuala Lumpur.

SUMBER: Harian Metro

×