Dalam sesi siaran langsung baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie mendakwa ibunya sanggup bercerita mengenai aib anak sendiri kepada tetamu yang datang ke rumah.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju mendakwa ibunya akan menghasut orang lain jika dia tidak suka pada seseorang itu termasuk anak sendiri.

BACA: “Dia Juruterbang, Lelaki Sejati” – Zarina Anjoulie Sorok Identiti ‘BF’

@applemerah_91

Sedih rupanya kisah hidup Anju ? #fyp

? original sound – applemerah? – applemerah?

“Ada tak mak cemburu dekat anak sendiri? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku. Tapi depan orang dia berlakon dia baik.

“Mak aku ni jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau, termasuk anak sendiri,” katanya.

Sementara itu, Anju mendakwa ibunya pernah mengatakan kepadanya supaya tidak bercakap dengan orang lain bahawa dia adalah ibunya, malah mendakwa ibunya sering berdoa yang tidak baik.

“Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’. Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.

“Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ni orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju,” katanya.

@applemerah_91

Replying to @mieraar96 Part 2. tgk smpai habis. yang ni lagi sedih ?. #fyp

? original sound – applemerah? – applemerah?

Anju turut menjawab persoalan netizen mengapa masih tinggal dirumah ibunya kerana anaknya iaitu Matin tinggal di rumah berkenaan.

“Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi. Alhamdulillah, saya sujud syukur sebab beri saya ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik dari mak aku sendiri,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×