Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa mengenai pemberian nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Thread, Abby berkata apa yang dilakukan ini adalah untuk tiga anaknya iaitu Danish, Marissa dan Danisha. Malah dia pernah memberi hint kepada bekas suaminya namun hanya berlalu begitu sahaja.
BACA: “Sejak Cerai, Makan Pakai Semua Tak Peduli” – Abby Kesal Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak
“17 tahun, tempoh yang lama dan bukan jangka masa yang pendek. Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan dengan saya.
“Anak-anak itu memang tak akan bersama saya untuk buat tuntutan nafkah sebab mereka tak dapat apa pun daripada bapa mereka sebab sudah terbiasa.
“Ya, memang baik dan tak pernah terfikir nak luah begini. Banyak kali beri ‘hint’ tapi dia buat tak tahu, masa berlalu begitu sahaja,” katanya.
Menurut Abby lagi, dia tidak pernah dengki namun berharap apabila sudah senang anak-anak dapat menumpang sama. Dakwanya lagi, anak-anak juga tidak diajak untuk bercuti bersama.
“Masa susah sama-sama je ke sana sini, bila senang deorang saja. Malas nk tulis sebab nanti orang kata dengki. Saya tak dengki pun. Lillah! Sebab saya berharap.. bila dah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama.. tapi nampakkan…. anak-anak saya tak ikut pun deorang bercuti,” katanya.
Turut menjadi perhatian apabila Abby mengatakan hidup Norman juga dikategorikan sebagai golongan T20 serta mengatakan dirinya sejak dari dulu golongan B40.
“Sebelum ni kalau berjalan, berkumpul memang kami guna konsep tong-tong demi anak-anak tapi sekarang susah dah nak bercuti sekali sebab deorang T20 dah… sya ni dari dulu B40.. berangan je macam T20.
“Tapi sekarang pun tak buleh kejar dah untuk ke sana sini, bayar sama-sama. Ajak pun tidak, itu yang sebenarnya. Anak tak tahu tong tong ke, ting ting ke.. enjoy je tau,” katanya.
Dalam pada itu, Abby berkata dari segi duit belanja dan yuran sekolah anak mereka uruskan bersama namun apa yang menjadi persoalan nafkah tempat tinggal dan makan minum sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.