Ammar Alfian Nafi Pukul Bekas Kekasih

Nama pelakon Ammar Alfian menjadi bualan ramai apabila dituduh melakukan keganasan fizikal terhadap seorang wanita.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ammar menafikan tuduhan berkenaan serta menyifatkan sebagai satu fitnah serta menggunakan imejnya untuk perangkap dirinya.

BACA: Ammar Alfian Nafi Belasah Kekasih’

 

Menurut Ammar lagi, dia tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah berkenaan apatah lagi kali ini melibatkan orang tidak bersalah.

Sementara itu, Ammar berkata setiap individu ada pendapat masing-masing namun meminta mereka di luar sana supaya tidak hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Terdahulu, seorang wanita mengakui dirinya bekas kekasih Ammar Alfian iaitu Qhaisha mendakwa menjadi mangsa pukul aktor itu sejak setahun lalu serta memuat naik gambar lebam di bahagian mata dan lengan.

×