Rebecca Nur Al Islam Akur Nasihat Abang, Padam Semua Hantaran

Pelakon Datin Rebecca Al Islam mengambil keputusan memadam semua hantaran mengenai keluarga selepas menerima teguran daripada abang sulungnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rebecca berkata dia menghormati abang sulungnya itu dan mengucapkan terima kasih diatas segala nasihat yang diberikan.

BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam Selar Shahida

“Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

“Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

“Saya akan padam segala-galanya. Blood is thicker than water (air yang dicintang takkan putus),” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon itu membidas dakwaan kononnya dia menumpang populariti abangnya yang berkahwin dengan usahawan Bonda Rozita.

Dalam video dikongsikan kedengaran suara seorang wanita dipercayai Datin Seri Shahida. 

×