Perkongsian usahawan Bonda Rozita menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mempertahankan serta berkongsi cerita mengenai menantunya, Datin Seri Nur Shahida.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita menyifatkan menantunya itu beauty with brain serta menganggap Shahida merupakan sahabat baiknya yang tahu kisah suka dukanya.
BACA: “Kalau Saya Kahwin Orang Kaya, Buat Apa Susah-Susah Berniaga Di Pasar”
Tambah Rozita lagi, dia pernah meminta Shahida mengambil duit anaknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri kerana bimbang anaknya ramai peminat namun menantunya bukan mata duitan.
Sementara itu, dalam perkongsian di ruangan komen, Rozita berkata Shahida sudah menjadi menantunya sejak usia 20 tahun dan banyak membantu menjaga arwah ibu bapanya yang sakit bersama Aliff Syukri.
Rozita turut berkongsi cerita bahawa dia yang meminta anaknya, Yati memimang Shahida untuk Aliff kerana terpikat dengan keperibadiannya.
Kongsi Rozita lagi, ketika itu Aliff dan Shahida sememangnya mempunyai ramai peminat. Tambahnya, dia sukakan Shahida dan terus memiang untuk anaknya.