Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengakui sedih dengan apa yang terjadi kini serta meluahkan rasa apabila bekas suaminya iaitu Norman Hakim seolah ambil mudah mengenai hal anak.
Menerusi perkongsian di Thread, Abby berkata selepas bercerai makan, pakai serta tempat tinggal ketiga-tiga anak semua tidak diambil peduli.
BACA: Raih CGPA 3.96, Norman Hakim Bangga Pencapaian Akademik Maria Danisha
“Tapi apa yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia (Norman) ambil mudah je semua.
“Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung! Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal semua tak peduli. Dari tak berduit, sampai dah kaya,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata dia tidak pernah mengajar ketiga-tiga anaknya untuk meminta hak mereka serta mengatakan sebagai ibu dia perlu mintakan hak anak-anaknya yang tertangguh sekian lama.
“Saya ni yang orang kata macam-macam ni, tak pernah sekalipun saya ajar anak 3 ketul ni meminta hak mereka. Jadi pada anak-anak tiada isu. Si T baik je sebab rajin peluk cium. Tapi saya sebagai ibu.. rasanya perlu mintakan hak mereka, yang dah tertangguh sekian lama,” katanya.
Perkongsian Abby itu sekaligus mengejutkan ramai yang meluahkan rasa geram dengan tindakan Norman, malah netizen turut meminta Abby untuk mendapatkan nafkah anak-anak.