Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai satu demi satu pendedahan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengenai menantunya, Aslam sekaligus mengejutkan netizen.
Terbaru, Abby berkata tiada keperluan untuk sesiapa datang memohon maaf kepadanya dan tiada maaf buat individu berkenaan.
BACA: “Sejak Kes Tu Tak Pernah Minta Maaf” – Suami Abby Pernah Tampar Aslam
Tambah Abby lagi, dia memberitahu bahawa dia tidak mempunyai menantu lebih-lebih lagi berstatus suami orang.
“Video sesi siaran langsung yang saya kata suruh (Aslam) datang minta maaf itu tak valid ya. Jangan datang, tiada keperluan. Tiada maaf bagimu. Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Tidak berminat, titik,” katanya.
Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami perasaan sebagai seorang ibu yang sebenarnya sayangkan anaknya.
Terdahulu, pempengaruh media sosial Marissa Dania sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.