“Saya Cuma Tak Ada Peluang Untuk Jaga Anak” – Marissa Dania

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania berkata dia akan melindungi serta mempertahankan maruah anaknya meskipun sudah tiada lagi di dunia. 

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Marissa meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk hamil namun tidak berpeluang untuk menjaga anaknya.

BACA: “Untuk Sekarang, Rangkul Yang Mahu Sejalan” – Marissa Dania

“Tiada siapa yang boleh melindungi awak seperti saya. Walaupun awak tiada lagi di sini, walau apapun yang terjadi, saya akan selalu melindungi awak.

“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, Marissa turut memuat naik gmbar pusara anaknya namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pemergian anaknya itu.

Tahun lalu, Marissa Dania dilapor bersalin bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan. Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.

SUMBER: Utusan Online

×