Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria akhirnya bersuara mengenai isu membabitkan anak tirinya, Marissa Dania dan suaminya, Aslam.

Menerusi satu perkongsian di Thread, Faizal berkata dia pernah menampar Aslam namun tidak memberitahu lebih lanjut mengenai tindakan lelaki itu serta sudah memberi amaran.

BACA: “Anak Saya Kahwin Dengan Aslam, Saya Hilang Terus Anak Saya”

 

“Aslam oh Aslam selama ini aku diam saja pasal apa kau buat. Dari awal kes kantoi aku dah lempang kau siap bagi amaran lagi..sampailah kejadian itu. Aku tak nak cerita pasal itu,” katanya.

Sementara itu, Faizal berkata Aslam juga tidak pernah meminta maaf mahu pun berdepan dengan mereka atas perbuatan yang dilakukan. 

“Sejak kes tu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat. Yang kau tahu buat macho seolah tak ada kesalahan.

“Kau memang tak ada tanggungjawab pun, kau ingat setiap apa yang berlaku tu boleh hilang macam tu je ke. Sorry tak pernah hilang dalam fikiran aku,” katanya.

Sebelum ini, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada Abby dalam media sosial. Menurutnya lagi, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya mahu dia melakukan secara terbuka.

×