“Anak Saya Kahwin Dengan Aslam, Saya Hilang Terus Anak Saya”

Semalam, pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya iaitu Aslam tidak pernah bersemuka dengannya untuk memohon maaf sepanjang berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania.

Menerusi satu hantaran di Threads, Abby turut meminta Aslam untuk berkongsikan kepada umum apa kesalahan yang dilakukan sehingga mengaku bersalah di Thread.

BACA: “Misya Dah Diblock Oleh Puan Abby & Anaknya” – Misya Jawab Dakwaan

“Bila minta maaf tu Aslam? Dah alang-alang update kat thread ni, cuba terangkan kat sini masa dan keadaan masa minta maaf tu macam mana?? Dan ada apa-apa yang keluar tak dari mulut saya waktu tu?

“Berapa lama dah kahwin dengan anak saya? Berapa kali dah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak? Mengaku bersalah kat Thread ni.. tapi apa kesalahannya? Boleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu ni,” tulisnya.

Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila Abby membalas komen netizen dengan mengatakan bahawa Aslam yang bersalah dalam hal tersebut.

Malah, Abby berkata dia seolah ‘hilang’ anak selepas Marissa berkahwin dengan Aslam sedangkan dia yang menjaga sejak dari kecil lagi.

“Dalam situasi ni saya salahkan Aslam. Awak tahu ke apa yang saya cakap dengan anak saya?? Tak tahukan? so tak payah nk sibuk, nak babitkan hal lain. Awak tu lagi baik diam. Jangan sibuk hal orang. Anak saya kahwin dengan Aslam, saya hilang terus anak saya. Saya yang jaga anak tu dari kecil,” katanya.

Sebelum ini, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada Abby dalam media sosial dan sebagai suami dia sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan adil kepada kedua-dua isterinya.

×