Nora Ariffin Nekad Fail Cerai Isnin Ini

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata dia bakal memfailkan cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Isnin ini.

Menerusi satu kenyataan, Nora berkata keputusan dibuat selepas usaha untuk selamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu, serta campur tangan pihak ketiga.

BACA: Suami Dedah Didesak Ceraikan Nora, Dakwa Difitnah Isteri Pertama

“Dengan dukacita, saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Dr Rushdi Ramli.

“Tidak dinafikan, segala usaha memulihkan rumah tangga melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak, tetapi masih belum mencapai kata penyelesaian.

“Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman. Malah, ia turut memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata keputusan itu juga dibuat berikutan  kemelut rumah tangganya itu turut memberi kesan terhadap reputasinya dalam dunia seni.

“Isu rumah tangga ini turut menjejaskan keselamatan dan merosakkan reputasi sebagai artis yang bergiat sekian lama dalam industri muzik. Atas faktor terdesak dan kebaikan semua pihak, saya tetap dengan keputusan meneruskan perceraian ini,”katanya.

Terdahulu, suami kepada penyanyi Nora menafikan dakwaan isteri pertamanya, Rose Aliza berkenaan perceraiannya dan Nora adalah atas kehendaknya adalah satu fitnah.

Menerusi satu kenyataan media, Rushdi berkata keputusan itu dibuat kerana wujud desakan daripada Rose sehingga dia menceraikan isteri keduanya.

SUMBER: BH Online

×