Netizen Terpesona Tengok Wajah Amira Othman Tak Mekap Ketika Live

Penyanyi Amira Othman menjadi perhatian ramai ketika bersiaran langsung di TikTok bersama Fattah Amin baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Fattah dilihat sedang mempromosikan produknya dan tiba-tiba Amira muncul serta menawar untuk membantu aktor berkenaan.

BACA: “Keluarga Merestui, Sukakan Amira” – Fattah Amin

@cik.dotty

Yeay!! Kak Long masuk live?? #fattahamin #amiraothman #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #artismalaysia #trending #videoviral #videoviral #masukberanda #fypviral #tiktokmalaysia?? #aofa

? original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila Amira dilihat tampil pada live tersebut tanpa sebarang solekan di wajahnya.

Dapat dilihat Amira memilih untuk menggunakan filter kerana tidak bersolek namun rata-rata netizen memuji kecantikan penyanyi itu meskipun tanpa filter.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Amira memiliki kecantikan semula jadi dan tetap cantik biarpun tanpa solekan.

×