Sejak dari pagi tadi ramai pihak media hadir bagi memberi penghormatan terakhir pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, pemakaian pasukan penyampai media sebuah stesen radio yang hadir dikritik oleh netizen kerana etika pakaian dikatakan tidak sesuai serta tidak mengikut protokol.

Diruangan komen Instagram rasmi stesen radio tersebut rata-rata netizen mengatakan sejak semalam sudah diberitahu mengenai etika berpakaian apatah lagi ianya melibatkan tokoh kenamaan negara.

Menerusi video berkenaan, salah seorang penyampai mengenakan baju T-shirt, berseluar jeans biru dan bertopi. Sementara lagi seorang mengenakan baju kurta, berseluar jeans serta beg silang.

Sementara itu, ada yang mengatakan pakaian itu tidak menjadi masalah kerana menutup aurat namun perlu ada rasa hormat apatah lagi melibatkan pengebumian negara.

“Sepatutnya dia tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah tapi pakaian itu satu hal, ini dengan topi lagi, AllahuAkbar tak ada ertika berpakaian. Peliklah. Nak dikatakan Gen Z umur dah 40 lebih. Tolonglah,” tulis seorang netizen.

“Bila orang tegur etika berpakaian, nama pun memberi penghormatan kepada seseorang yang berjasa pada negara, kenyataan rasmi dah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Sebagai selebriti patut lebih cakna hal-hal seperti ini. Tak salah pun pakaian mereka tetapi teguran orang itu betul,” kata netizen.

“Sekurang-kurangnya ada kesopanan untuk memakai baju hitam atau bersongkok atau berkopiah. Itu namanya tanda hormat,”tulis seorang netizen.

SUMBER: Utusan Online

×