Pempengaruh media sosial, Cik Epal menjawab kenyataan netizen yang mengatakan bahawa dia akan berbaik dengan isteri bekas suaminya seperti pelakon Abby Abadi dan Memey.
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal berkata dia tidak akan sesekali berbaik dengan pemusnah rumah tangganya termasuk perosak hidup anak-anaknya, Han dan Yuki.
BACA: “The World of the Married Sangat Vibe Ni” – Netizen Dakwa Dewi Tiru Imej Cik Epal
View this post on Instagram
Menurut Cik Epal lagi, kes yang berlaku pada dirinya tidak sama dengan mereka, tambahan pula dia tidak mahu langsung berurusan dengan bekas suaminya, apatah lagi dengan penyondol.
Tambah Cik Epal lagi, dia berhak untuk membuat keputusan mengenai hidupnya dan siapa yang dia mahu benarkan ada dalam hidupnya.
“Siapa yang aku nak benarkan ada dalam hidup aku atau siapa yang aku nak hapuskan dari hidup aku, itu keputusan aku. My life my rules konsep nya,” tulisnya.