“Nampak Singlet Terus Nampak Cheap” – Intan Najuwa Bidas Netizen

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Datin Intan Najuwa menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan busana kurung moden rona hijau.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji busana Intan yang dilihat cukup anggun serta menyerlahkan lagi kejelitaan ibu kepada Imane Lunara itu.

BACA: Ambil Ramai Pembantu, Netizen Risau Anak Intan Najuwa Tak Kenal Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Namun, ada satu komen negatif netizen mendapat perhatian Intan apabila individu itu mempertikaikan baju pelakon itu berikutan menampakkan lapisan dalam.

“Nampak singlet terus nampak gaya cheap,” tulis netizen itu.

Tidak hanya berdiam diri, Intan berkata baju yang digayakan itu  datang dengan satu set lengkap termasuk bahagian dalam yang dikatakan seperti singlet itu.

Malah, Intan turut membidas individu itu dengan menegur agar tidak sewenang-wenangnya bercakap menggunakan bahasa yang kurang sopan kerana ianya perbuatan biadab.

“Baju bahagian dalam tu dah sekali dengan kurung sebagai satu set. Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadap,” tulisnya.

×