Perkongsian pelakon Linda Hashim di aplikasi TikTok mendapat pelbagai reaksi netizen serta mencetuskan tanda tanya.

Menerusi hantaran berkenaan, Linda memuat naik gambar dengan kesan solekan lebam di bahagian wajahnya serta kapsyen ringkas ‘sejak 2016’.

BACA: Beego Hantar Bunga Pujuk Linda Hashim, Elak Cerai Kali Ketiga

@lindahashim_hq

since 2016

? original sound – LindaHashimHQ – LindaHashimHQ

Malah, pada video berkenaan turut ditulis ‘Seksa di dunia, ketawa di akhirat’, namun tidak dapat dipastikan lebih lanjut maksud hantaran berkenaan.

Diruangan komen, ada netizen tertanya-tanya mengapa muka pelakon itu lebam, namun ada yang beranggapan ianya ada kaitan dengan drama terbaru lakonannya.

Pada Februari lalu, Linda nekad memfailkan cerai kali ketiga terhadap suaminya, Beego selepas banyak kali memberi peluang.

Linda turut mendedahkan dia dan Beego pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan mereka kembali rujuk pada April 2023.

×