Lama tak dengar cerita mengenai anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu pempengaruh media sosial, Marissa Dania.
Baru-baru ini, Marissa ada memuat naik gambarnya di TikTok berada di hadapan cermin. Namun, apa yang menjadi perhatian kata-kata tulisan Marissa pada hantaran berkenaan.
BACA: “Aslam Lebih Rapat Dengan Papa” – Marissa Nafi Ketepikan Abby Abadi
“Untuk sekarang, rangkul yang mahu sejalan. Selebihnya hati-hati di jalan,” katanya.
Perkongsian Marissa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan kata-kata positif buat pempengaruh itu serta berharap agar tabah menjalani ujian dalam kehidupan.
Dalam pada itu, ada yang bertanyakan sama ada Marissa kini berbadan dua kerana dilihat penat serta mengucapkan tahniah jika ianya benar.