Pelakon Rita Rudaini memuat naik hantaran mengulas mengenai isu tular membabitkan beberapa pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mengundang rasa geram di kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rita berpendapat berpendapat peraturan sekolah yang ketat antara punca mendorong kepada berlakunya gejala buli kerana mereka rasa stres.
BACA: Walaupun Tanpa Bapa, Hari Raya Anak-Anak Rita Rudaini Tak Pernah Suram
View this post on Instagram
“Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas tak tentu pasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak, mula buat hal..kacau orang..dari seronok-seronok kacau terus upgrade ‘buli’.
“Ada yang tak kacau orang tapi lepaskan stres dengan cara lain…hisap rokok/vape… budak-budak sekarang walaupin lahir di zaman canggih tapi otak depa tak secanggih budak-budak zaman dulu,” katanya.
Sementara itu, Rita berpendapat budak sekarang buat dahulu sesuatu tindakan namun berfikir kemudian berbanding budak zaman dahulu yang akan berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Budak-budak zaman dulu nak buat satu benda memang akan fikir 100 kali sambil terbayang kena libas. Budak-budak sekarang buat dahulu fikir? Nanti bila-bila lapang baru fikir.
“Didikan jugak bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan. Ketegasan dan kekerasan tu bedaaa. Hormat dan takut mana satu pilihan,” katanya.
Dalam pada itu, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas tindakan pantas dalam menangani kes buli yang berlaku.
“Terima kasih Asyraf Wajdi, tindakan yang cepat walaupun benda dah jadi tahun lepas. Pihak Maktab tak patut sorok atau ambil ringan. Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul perangai dan sikap manusia,” katanya.