Pelakon Liyana Jasmay berkata dia akan lebih berhati-hati dan tidak mahu lagi membuat trend yang tular sesuka hati selepas memadam video tarian memberi duit raya sebelum ini.

Memetik mStar Online, Liyana berkata dia kesal dengan tindakannya itu dan banyak beristighfar selepas mendapat tahu tarian itu ada kaitan dengan kaum Yahudi.

BACA: Tayang Wajah Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dipuji Cantik

“Ya saya akan lebih hati-hati. Saya terus rsaa takut..sebenarnya tak boleh nak ikut trend sesuka hati. Lebih baik saya kongsi video makan atau mukbang dari ikut trend tak tahu asal usulnya.

“Selepas tahu je trend itu ada kena mengena dengan Yahudi, saya istighfar banyak-banyak dan menyesal ikut trend itu,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata dia turut menjelaskan kepada anak-anaknya mengapa dia memadam video berkenaan dan sebagai ibu dia perlu mendidik mereka.

“Anak saya tanya kenapa saya padam video itu dan saya jelaskan. Saya kena mendidik mereka sebab kalau tidak anak-anak nak lakukan trend itu dengan suadar mara lain,” katanya.

Sebelum ini, Liyana berkata dia merasakan dirinya ‘low’ kerana melakukan trend beri duit raya sambil menari dan memadam video tersebut selepas mendapat tahu tarian itu cukup popular dikalangan kaum Yahudi.

SUMBER: mStar Online.

×