Sejak awal tayangan drama siri Bidaah menjadi bualan ramai dikalangan penonton termasuk di media sosial. Malah, sebelum ini hangat diperkatakan mengenai babak drama tersebut yang mencetuskan kontroversi.
Baru-baru ini, pelakon Riena Diana ada berkongsikan pengalaman ketika melakonkan satu babak yang sukar untuk dilakonkan dimana dia perlu meludah wajah Faizal Hussien.
BACA: Risau Kekasih Haus Masa Tarawih, Keith Foo Hantar Botol Air Untuk Riena Diana
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Riena berkata pada awalnya dia takut untuk melakonkan babak berkenaan namun melakukannya demi watak dan kehendak pengarah.
“Riena kena ludah kat muka Faizal Hussein. Ampun walid. Masa buat scene ni banyak kali tanya director dengan abang, kalau tak buat tak boleh ke? Sebab takut. Tapi sebab dorang sempoi dan kena faham ini hanya lakonan, buat juga la,” tulisnya.
Sementara itu, Riena berkata babak tersebut mungkin telah di potong dari drama dan memuat naik di Instagram untuk tontanan pengikut drama berkenaan.
“Cuma rasanya part ni kena cut dekat drama jadi Riena belanja sini sikit la sebab drama dah habis, tapi masih boleh tengok dekat platform Viu ke semua episod,” tulisnya.