“Orang Bodoh Je Fikir Kau ‘Cool’ Bila Kau Pukul Orang”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar menyifatkan tindakan membuli di sekolah adalah perbuatan tidak ‘cool’ serta orang bodoh saja yang merasakan perbuatan itu hebat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff menitipkan pesanan bahawa tindakan mahu tunjuk berkuasa di sekolah bukan perkara hebat.

BACA: “Saya Tahu Batas, Tak Bersentuhan Dengan Sophia, Nelissa” – Alif Satar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

“Kepada adik-adik yang rasa nak tunjuk hebat dalam sekolah, saya nak beritahu bahawa tiada orang yang merasakan tindakan memukul orang lain itu hebat.

“Orang bodoh je yang fikir kau ‘cool’ bila kau memukul orang lain. Kau rasa ‘cool’ bila bantai orang, apalah pemikiran begitu.

“Sebelum nak buli orang lain sehingga jadi kematian, bukan kau sahaja yang rasa tapi orang di sekeliling termasuk ibu bapa juga akan terkena tempias. Kehidupan juga akan berubah,” katanya.

Sementara itu, Alif turut berkongsikan pengalamannya bertemu dengan banduan di pesalah yang membuli pelajar sehingga menyebabkan kematian.

“Saya sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara, macam-macam jenayah yang dilakukan oleh mereka dan saya pernah duduk dengan individu yang membuli sehingga menyebabkan kematian.

“Ada satu kisah ketika bulan puasa, saya bertanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.

“Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan,” katanya.

×