Pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata dia sudah bersedia untuk mencari bakal isteri serta menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Memetik Berita Harian, Naim berkata dia turut berharap agar Hari Raya kali ini bakal menjadi tahun terakhir dia sebagai lelaki bujang namun belum ada calon lagi buat masa ini.
BACA: Ibu Bapa Naim Daniel Diugut Bunuh
“Jauh di sudut hati, memang saya hendak sangat kahwin dan harap tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya dengan status bujang.
“Tetapi, apabila ada rasa hendak berkahwin, calon pula tiada lagi. Saya juga masih mencari. Hendak sangat kahwin itu sebab ramai kawan sudah mendirikan rumah tangga,” katanya.
Sementara itu, Naim berkata keinginannya untuk berkahwin tinggi selepas diunang untuk membuat persembahan di majlis kahwin Syafiq Kyle dan Mimi Lana baru-baru ini serta beranggapan ianya satu rezeki buatnya.
“Bukan rasa ketinggalan, tetapi keinginan itu semakin kuat selepas saya diundang menyanyi pada majlis perkahwinan Syafiq dan Mimi.
“Kerja saya hanya menyanyi pada majlis perkahwinan sahaja. Rasa macam badi pula sebab kena nyanyi pada majlis perkahwinan.
“Ketika Mimi dan Syafiq kahwin, memang rasa lain sedikit. Namun, saya anggap menyanyi pada majlis perkahwinan satu rezeki juga,” katanya.
SUMBER: BH Online