Pelakon Fattah Amin memberitahu dia sudah menyediakan duit raya buat anaknya, Fatima Aisya bersempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Memetik mStar Online, Fattah berkata sudah tentu dia sediakan duit raya buat anaknya itu serta merancang untuk membawanya membeli belah untuk menyambut raya.
BACA: Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima, Raya Bersama Hari Ketiga & Keempat
“Of course la ada. Berapa pun dah set dah. lepas ni mungkin nak bawa dia pergi shopping raya,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata dia bercadang untuk membawa Fatima bercuti ke luar negara kerana sebelum ini hanya sedap bercuti di tempat berdekatan sahaja.
“Nak bawa dia (Fatima) jalan-jalan. Nak bawa dia jalan jauh sikit. Sebab sebelum ni bawa dia jalan dekat-dekat je kan.
“Mungkin ke luar negara. Tapi perkara ni tentulah kena berbincang dahulu dengan pihak Faz kan. InsyaAllah, doa yang baik-baiklah,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkata tahun ini dia dan bekas isterinya, Nur Fazura akan sambut raya bersama anak mereka secara bergilir dimana tahun ini giliran Fazura dan tahun depan Fatima menyambut syawal pertama bersamanya.
“Hari raya pertama dan kedua dengan Fazura. Jadi, hari raya ketiga hingga raya kelima dengan saya lah. Kita macam biasalah, ambil giliran. Tahun ni dengan Faz, tahun depan hari raya pertama dan kedua dengan saya,” katanya.
Terdahulu, Fazura mendakwa dia dan anaknya, Nur Fatima Aisya tidak pernah merasa duit raya pemberian Fattah Amin sepanjang empat tahun perkahwinan.
SUMBER: mStar online