Hari ini industri hiburan dikejutkan dengan berita isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri telah memfailkan cerai terhadap suaminya itu pada Februari lalu.

Memetik mStar Online, difahamkan Hidayah hari ini hadir bersama peguam syarie yang mewakilinya bagi sebutan pertama di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BACA: “Jagalah Isteri Yang Satu Dengan Baik” – Edika Yusof

Bagaimanapun, pihak mereka mereka menerima surat dari pihak Edika bahawa tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja atau sebagainya dan tarikh sebutan ditetapkan pada 23 April depan.

Sementara itu, peguam mewakili Hidayah enggan mendedahkan punca permohonan cerai namun hanya memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

Dalam pada itu, Hidayah memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai isu rumah tangganya namun hanya memberitahu jika sudah sampai tahap ke mahkamah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia memfailkan cerai.

“Semua tahu situasi dan keadaan saya jadi kalau dah sampai pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh saya berbuat demikian.

“Boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar dari mulut saya. Biar dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia,” katanya.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Fareena Nurulhaq dan Fardeen Ulhaq.

SUMBER: mStar Online

×