“Makan Buatkan Saya Gembira” – Alya Iman Dikecam Badan Makin Berisi

Berdepan dengan kemurungan tahun lalu, pelakon Alya Iman berkata selama lima bulan dia tidak keluar bekerja mahupun keluar rumah selepas pemergian rakan baiknya.

Memetik mStar Online, Alya mengambil tempoh tersebut untuk memulihkan diri susulan pelbagai dugaan dilaluinya.

BACA: Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik Netizen

“Tahun lepas saya melalui pelbagai dugaan seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Tambah pula rakan baik saya meninggal dunia, jadi selama lima bulan saya tak kerja dan hanya duduk di rumah,” katanya.

Sementara itu, susulan penampilannya yang diilihat semakin berisi serta mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 70 kilogram, Alya enggan hiraukan kecaman netizen dan lebih utamakan kesihatan mentalnya.

“Ramai yang kecam saya sebab berat badan naik dan nampak berisi. Pengarah pun ada tegur kata saya semakin gemuk. 

“Sebagai artis, saya sedar saya kena jaga penampilan kerana kita umpama satu karya seni yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat.  Saya lebih pentingkan kesihatan mental saya dan makan buatkan saya gembira,” katanya

SUMBER: mStar Online

×