Bukan saja Nadhir Nasar, rupanya pelakon dan penyanyi Noki K-Clique juga mahu mencari jodoh wanita berasal dari Kelantan atau Terengganu.
Memetik mStar Online, Noki berkata dia tertarik dengan wanita dari negeri itu kerana kebanyakan mereka mempunyai wajah kacukan dari Thailand, Pakistan dan Timur Tengah.
BACA: Mahu Rezeki Berkat, Noki Tolak Babak Bersentuhan
“Pilihan saya mungkin wanita dari Kelantan atau Terenggany. Sebab saya lihat wanita bertudung ada muka kacukan dari Siam, Arab dan Pakistan banyak disebelah sana,” katanya.
Sementara itu, Noki berkata dia turut merancang untuk menyambut hari raya di negeri tersebut mana tahu jika terjumpa jodoh ketika berada disana.
“Ada perancangan untuk beraya di dua negeri itu. Salah satu sasaran saya juga mana tahu nanti disana boleh terjumpa jodoh. Saya dah sedia kahwin tapi jodoh saja tiada, keluarga pun tak kisah pilihan saya,” katanya.
SUMBER: mStar Online