Tomok Sambung Master Di UPSI, Pilih Pengajian Sepenuh Masa

Penyanyi Tomok berkongsikan bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana atau ‘Master’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tomok berkongsikan surat tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

BACA: Insiden Anak Tumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Syukur Dilimpahi Rezeki Luar Biasa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Sementara itu, Tomok turut berharap agar perjalanan baru buatnya untuk mengikuti pengajian berkenaan dipermudahkan.

Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mendoakan agar penyanyi itu terus berjaya.

×