Sudah dua minggu berlalu, pelakon Eira Syazira berkata suaminya, Azad Jasmin masih belum sedia untuk berdepan dengan orang ramai selepas terpalit kontroversi didakwa persenda agama lain.
Memetik mStar Online, Eira beranggapan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kerana Azad kini ada banyak masa bersama keluarga berikutan direhatkan sementara waktu.
BACA: Peguam Dedah Tiga Penyampai Radio Telah Difitnah & Dikhianati
“Sekarang ini Pak Azad okay sahaja. Namun, dia belum lagi mahu ke hadapan. Dia belum bersedia nak keluar termasuklah dalam siaran langsung. Azad masih lagi mahu berehat.
“Sebenarnya benda ini ada hikmah yang berlaku. Ada sesuatu yang Allah nak bagi. Dia dapat luangkan masa bersahur bersama keluarga malah ada masa lebih untuk anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Eira sempat berkongsikan sebelum kejadian dia seolah mendapat petunjuk suaminya akan dilanda masalah apabila secara tiba-tiba gelas yang dibasuhnya pecah sehingga tangannya luka.
“Semasa hari kejadian iaitu semasa subuh, saya basuh pinggan sebelum dia pergi kerja. Tiba-tiba gelas pecah dan darah terlalu banyak keluar. Sampai sekarang parut tersebut masih ada.
“Sangat sakit dan saya berasa pelik namun tidak fikir apa-apa. Dalam sekitar pukul 12.30 tengah hari, Azad telefon dan maklumkan benda yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok dan SKMM turut membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen selepas meneliti hujahan yang dikemukakan.
SUMBER: mStar Online