Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa terharu apabila ada pelanggan sanggup membelikan ais berikutan kafe miliknya kehabisan ais.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Intan berkata ketika itu kafa miliknya hampir tutup dan kehabisan ais kerana terlalu ramai orang yang datang tanpa henti sehinggakan pekerja tidak dapat keluar untuk membelinya.
BACA: Intan Najuwa Syukur Suami Sediakan 3 Pengasuh & Jururawat Jaga Anak
Namun, dia memuji tindakan seorang pelanggan ini yang tidak marah sebaliknya tolong belikan ais untuk mendapatkan kopi yang diinginkan dari kafe berkenaan.
Malah, Intan turut mempelawa pelanggan berkenaan untuk datang semula ke kedainya kerana mahu memberikan air percuma sebagai tanda penghargaan.
@salimahkobis Nor cakap Jangan bagi intan nampak video ni ?
Difahamkan, sebelum ini tular video memaparkan seorang pelanggan sanggup membelikan ais di kedia lain kerana mahu membeli kopi di kafe milik Intan sekaligus membuatkan netizen terhibur.